SINGAPURA:Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut.
Mereka yang telah menerima suntikan vaksin tersebut, kebanyakan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu.
Sebahagian daripada mereka telahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook Malaysian-Singapore Border Crossers, yang kini mempunyai hampir 82,000 ahli.
Imra Astata Ibrahim yang bekerja dalam sektor marin berkata, dia menerima suntikan vaksin yang pertama pada 13 Jan dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.
Ketika dihubungi Bernama, Imra Astata, 40, yang menyewa di Jurong West di sini berkata, dia tidak teragak-agak untuk menerima suntikan vaksin tersebut bersama 10 lagi rakan dari Malaysia.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berpandangan yang dengan mengambil suntikan tersebut, keadaan akan menjadi lebih mudah untuknya berulang-alik ke Johor seperti sebelum ini.
"Siapa tahu, mungkin akan ada satu persefahaman antara kedua negara, bagi memudahkan pergerakan untuk pekerja yang telah menerima vaksin ini," katanya.
Imra Astata telah kembali ke republik itu untuk bekerja pada 24 Sept 2020, selepas langkah-langkah memperketatkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara itu diperkenalkan pada Mac tahun lepas, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Ketika ditanya jika terdapat sebarang kesan sampingan selepas penerimaan vaksin tersebut, Imra Astata berkata, sebelum menerima suntikan itu, dia dan rakan-rakannya telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan.
"Setakat ini, saya dan rakan-rakan masih sihat selepas mengambil suntikan. Hanya pada hari menerima suntikan, saya rasa sedikit kebas dan sakit di tempat suntikan," kata Astata yang berasal dari Johor.
Kerajaan Singapura telah memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021, jika tiada gangguan yang tidak terjangka dalam penghantaran vaksin tersebut.
Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada 21 Dis tahun lepas.
Bagi memastikan ketersediaan vaksin dan membolehkan Singapura mencapai kadar yang lebih tinggi pemberian vaksin kepada penduduk republik itu, vaksin tersebut akan diberikan secara percuma.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura sehingga 12 Jan 2021, lebih daripada 6,200 individu telah menerima dos pertama vaksin mereka di negara itu.
Menurut MoH, jumlah itu dijangka akan meningkat dengan banyak dalam minggu yang akan datang, apabila mereka mempertingkatkan lagi operasi pemberian vaksin mereka.
Sejajar dengan saranan daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 untuk mengutamakan vaksinasi kepada kumpulan yang paling berisiko, Singapura telah memulakan aktiviti vaksinasi kepada petugas bidang kesihatan secara progresif bermula 30 Dis 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Kerajaan Singapura telah memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021. - Foto gov.sg

AWANI Ringkas: MH370 – Kerajaan sedia bincang pencarian semula

Hari Wanita 2021 | Hanya kita yang tahu kelebihan diri sendiri - Sherry Alhadad
Tidak mudah untuk berada dalam industri seni tanah air, namun itu bukan penghalang buat pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad untuk terus berjaya dalam industri seni.

AWANI Ringkas: PM berlepas ke Riyadh hari ini

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.71 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Hari Wanita 2021 | Kesamarataan perlu bermula di rumah
Dalam sistem patriarki pada tahap keluarga, lelaki dilihat sering mendahului wanita dalam segala aspek. Namun, dalam era modenisasi, perspektif patriarki harus digantikan dengan perspektif kesamarataan. Justeru, pendedahan kepada nilai kesamarataan jantina harus bermula dalam keluarga sendiri, di mana ibu bapa digalakkan mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka untuk hidup seiring dan saling membantu.

Hari Wanita Sedunia | Penyakit Autoimun bukan penghalang kejayaan
Dr Rebecca Wong Shin Yee, sememangnya suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sains bukan sahaja di Malaysia, malah di seantero dunia. Namun, siapa sangka insan yang tersenarai sebagai 2 peratus saintis terkemuka dunia oleh Standford University itu menanggung derita akibat penyakit Autoimun.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.59 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.59 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 ribu kes.

Hari Wanita 2021 | JPW, AIM Perak buka peluang kejayaan wanita
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan kepada golongan wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan khususnya perniagaan. Usaha kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19, memberi peluang untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Singapura bina ladang solar terapung
Ribuan panel solar disusun di perairan pantai Singapura dalam usaha republik itu membina ladang suria disebalik kekurangan kawasan lapang.

Letupan di berek tentera, 20 maut dan lebih 600 cedera
Kejadian dipercayai disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan bahan letupan.

COVID-19: Kes positif hampir cecah 117 juta, kes kematian 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.7 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM sifatkan peluang tunai umrah amanah, bukan keistimewaan peribadi
Perdana Menteri berkata beliau memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan kerinduan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pearly-Thianaah, juara Jelajah BWF di Terbuka Switzerland
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

PKPD di Kg. Tringgus, ini 5 perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
442 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, 430 dikompaun, 11 direman.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."