awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: 78.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam

Eton Khir
Eton Khir
20/09/2021
04:35 MYT
COVID: 78.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi setakat semalam
Sejumlah 219,081 dos suntikan vaksin didaftarkan setakat semalam, membabitkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sasaran untuk mencapai imuniti kelompok dalam kalangan populasi dewasa dalam negara semakin hampir.
Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, (JKJAV) menunjukkan, sehingga 19 Sept, 78.8 peratus populasi dewasa atau seramai 18,453,322 individu telah lengkap divaksinasi.
Pada masa sama, sejumlah 219,081 dos suntikan vaksin didaftarkan setakat semalam, membabitkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap.
Negeri dengan pemberian dos lengkap tertinggi adalah Johor (30,849), diikuti Kelantan (19,014), Kedah (17,401), Perak (17,692), Kuala Lumpur (17,174), Sabah (13,591), Selangor (11,114) dan Pulau Pinang (10,177).
Manakala, Terengganu mencatatkan 7,541 dos lengkap diberikan, Negeri Sembilan (5,385), Pahang (3,366), Melaka (2,752), Perlis (1,512), Sarawak (728) dan Labuan (12).
Daily vaccination report by states on 19 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/tFgotZB6uE
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 20, 2021
JKJAV juga memaklumkan, setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Latest percentage of Malaysian adult population vaccination rate as of 19 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/MB2YBpFaQ3
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 20, 2021
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,375,056 dos.
Lebih 40 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia. Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 19 September 2021 seperti tertera.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/O5SbsavlOz
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 20, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan vaksin
#dos lengkap
#vaksinasi harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan