KUCHING: Rakyat Malaysia diingatkan agar menjadi pelancong bertanggunjawab tanpa alpa atau leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor itu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu bukan sahaja penting dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 malah perlu bagi memastikan industri pelancongan dapat diteruskan.
"Sama-Samalah kita (pelancong dan penggiat industri) bekerjasama agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar melalui penutupan aktivitinya.
"Penutupan aktiviti pelancongan memberi impak negatif terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat juga kepada negara secara amnya," kata beliau ketika berucap pada acara Malaysia Prihatin di Simunjan, kira-kira 80 kilometer dari pusat bandar, hari ini.
Pada 10 Mac lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri antara negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.
Ismail Sabri berkata bagaimanapun aktiviti itu tertakluk kepada SOP ketat termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Sementara itu, Nancy menyeru rakyat Malaysia supaya menggunakan ruang dan peluang yang diberikan kerajaan untuk bersama-sama menyemarakkan pelancongan domestik.
"Saya percaya banyak lagi destinasi menarik yang ada di negara kita yang belum kita terokai sepenuhnya.
"Pelbagai lagi aktiviti seni dan budaya kita yang boleh kita kenali dan hargai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu bukan sahaja penting dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 malah perlu bagi memastikan industri pelancongan dapat diteruskan. - Gambar fail/Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tinjauan: 72 peratus rakyat Malaysia merancang untuk melancong tahun ini
Tinjauan mendapati 69 peratus responden Malaysia merancang melancong ke luar negara, manakala 41 peratus memilih pasaran ASEAN.
274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Dua pelajar asing teruja sambut raya di Malaysia
Usama dan Muazu Dantala tetap teruja menyambut Aidilfitri di Malaysia walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.
Lebih separuh responden pilih untuk tinggal di penginapan Airbnb ketika melancong dalam negara - Kajian
Hasil kaji selidik menunjukkan konsensus tempatan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek beri manfaat kepada masyarakat tempatan.
Apa persediaan wanita mengandung sebelum naiki pesawat? Ini penjelasan doktor
Wanita hamil boleh sahaja nak melancong menggunakan pesawat tapi ada beberapa kriteria yang perlu ibu ambil tahu.
COVID: Jangan alpa SOP ketika melancong - Nancy
Rakyat Malaysia diingatkan agar menjadi pelancong bertanggunjawab tanpa alpa atau leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor itu.
'Travel bubble' zon hijau mampu bantu pulih sektor pelancongan - Nancy
Sekiranya diluluskan, langkah itu akan memberi kelegaan kepada pemain industri yang kini semakin tertekan dengan situasi semasa.
Persatuan pelancongan tidak tahu peruntukan disediakan dalam Belanjawan 2021 - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mereka berasakan sedemikian kerana tidak tahu adanya peruntukan RM200 juta disediakan untuk memulihkan sektor pelancongan.
Pulau Perhentian, istimewanya hanya orang luar yang tahu...
Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, Pulau Perhentian tiada dalam senarai destinasi percutian yang dituju.
Sempadan negara dilonggarkan?
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan kemungkinan sempadan negara jiran akan dilonggarkan jika kes transmisi tempatan terkawal.