KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat kelulusan bagi sejumlah 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi 'trade-off' (tukar ganti) jawatan KKM dan kementerian lain, bagi memenuhi keperluan membendung pandemik COVID-19 bagi tahun 2020 dan 2021.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berikutan pelaksanaan dasar kawalan saiz (rightsizing) dalam perkhidmatan awam sejak 2015, perjawatan tetap tidak lagi dipertimbangkan melainkan dilaksanakan secara tukar ganti.
"Namun, berdasarkan permohonan pada 2019, KKM telah mendapat kelulusan bagi sejumlah perjawatan baharu secara berfasa menerusi 'trade-off' jawatan dari KKM dan kementerian-kementerian lain," katanya ketika merasmikan forum secara maya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SHCOMOS) 2021 di sini, hari ini.
Beliau berkata KKM kini mempunyai 252,911 petugas tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak meliputi pelbagai skim perkhidmatan dengan sebahagiannya dilantik bagi memenuhi syarat latihan siswazah dan khidmat wajib, manakala sebahagian lagi bagi memenuhi keperluan membendung COVID-19.
Katanya KKM membelanjakan lebih RM17 bilion atau 63 peratus daripada perbelanjaan mengurus tahunan kementerian bagi pembayaran gaji kepada petugas kesihatan, lebih tinggi berbanding negara-negara lain di dunia.
Dr Adham berkata ia tidak termasuk bayaran elaun lain yang dituntut seperti bayaran lebih masa dan elaun kerana tugasan rasmi lain.
"Sebagai contoh, daripada 18 negara di Eropah yang diteliti, purata jumlah tanggungan gaji di negara itu adalah sekitar 42.3 peratus daripada bajet kesihatan yang diluluskan, manakala daripada 64 negara di dunia yang diteliti, purata tanggungan gaji adalah sekitar 42.2 peratus," katanya.
Justeru, beliau memohon kefahaman semua pihak khususnya mengenai kekangan KKM dari segi perjawatan tambahan dan peruntukan kewangan kerana kementerian lain juga memerlukan sumber manusia serta peruntukan yang perlu dipertimbang kerajaan berdasarkan kepada keupayaan semasa.
Bagaimanapun, Dr Adham memaklumkan KKM mengemukakan permohonan tambahan perjawatan tetap dari semasa ke semasa mengambil kira keperluan perkhidmatan di fasiliti baharu, naik taraf dan fasiliti sedia ada.
Beliau berkata kementeriannya juga bercadang memohon pelantikan secara kontrak untuk tempoh yang lebih lama, dan perkara itu dalam penelitian di peringkat akhir sebelum dibawa untuk pertimbangan kerajaan.
Sementara itu, Dr Adham berkata kementerian kewangan telah bersetuju melanjutkan tempoh kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang akan tamat kontrak pada pertengahan tahun ini di mana tawaran tersebut akan dibuat kepada pegawai oleh KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
KKM kini mempunyai 252,911 petugas tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak meliputi pelbagai skim perkhidmatan. - Gambar fail/ Bernama
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.