awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 135 kematian tertinggi dicatatkan, majoriti kes baharu kategori 1 dan 2

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2021
10:31 MYT
COVID-19: 135 kematian tertinggi dicatatkan, majoriti kes baharu kategori 1 dan 2
Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes apabila 10,710 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia terus merekodkan angka melebihi 10,000 kes apabila 10,710 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif negara kini ialah 916,561 kes.
Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 4,828 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 945 kes, Johor; 808 kes, Negeri Sembilan; 771 kes , Kedah ; 696 dan Sabah ; 666 kes.
Sehingga 18 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,710 kes (916,561 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 4,828 (322,419) WPKL - 945 (98,563) Johor - 808 (78,678) Sabah - 666 (75,145) Sarawak - 261 (71,300) Negeri Sembilan - 771 (61,029) pic.twitter.com/pZA2G13JHo
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 18, 2021
Status Terkini #COVID19, 18 Julai 2021 Kes sembuh= 5,778 Jumlah kes sembuh= 784,949 Kes baharu positif= 10,710 (12 import) Jumlah positif= 916,561 Kes kematian= 153 Jumlah kes kematian= 7,019 Kes dirawat di ICU= 909 Bantuan alat pernafasan= 445 pic.twitter.com/zwzip6ojt4
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 18, 2021
Dalam pada itu, angka kematian akibat COVID-19 negara merekodkan 153 kes, jumlah tertinggi setakat ini.
Ia menjadikan jumlah kes kematian akibat virus itu di Malaysia setakat ini ialah 7,019 kes.
Sementara itu, kes sembuh pada Ahad pula adalah 5,778 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 784,949 kes.
Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula masih mencatat angka membimbangkan dengan 909 kes masih dirawat dan 445 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 10,710 kes baharu direkodkan pada Ahad, 95 kes atau 0.9 peratus berada dalam kategori lima (kritikal dan perlukan ventilator).
Majoriti kes berada pada Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) dengan 6,317 kes (59 peratus) pada Kategori 1 manakala 4,162 kes (38.9 peratus) pada Kategori 2.
Drp jumlah 10,710 kes hari ini (18 Julai 2021): Kategori 5 (kritikal, dgn ventilator): 95 (0.9%) Kategori 4 (bantuan oksigen): 45 (0.4%) Kategori 3 (radang paru-paru): 91 (0.8%) Kategori 2 (gejala ringan): 4,162 (38.9%) Kategori 1 (tiada gejala): 6,317 (59.0%) pic.twitter.com/wRKsawl25I
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 18, 2021
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Twitter
#COVID-19
#Selangor
#kesihatan
#statistik
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan