awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong

Bernama
Bernama
24/12/2025
13:15 MYT
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
Muhammad Zaki berkata pengurusan kelab akan menambah baik sistem penjualan tiket bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan melibatkan KRW FC. - Gambar fail/Bernama
PASIR MAS: Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) perlu mengekalkan momentum kemenangan dalam setiap perlawanan Liga Semi-Pro A1 untuk menarik semula minat penyokong bola sepak Kelantan hadir ke stadium.

Ringkasan AI
  • KRW FC perlu kekalkan momentum kemenangan demi tarik semula minat penyokong Kelantan ke stadium.
  • Prestasi menghibur dan konsistensi kemenangan penting untuk keyakinan penyokong terhadap pasukan.
  • Sokongan penyokong ditegaskan penting untuk tingkatkan moral pemain dan pengurusan kelab sedang perbaiki sistem penjualan tiket perlawanan.

Presiden KRW FC Datuk Muhammad Zaki Harun berkata konsistensi keputusan positif dan persembahan menghiburkan menjadi faktor utama mengembalikan keyakinan penyokong terhadap pasukan itu.
"Berdasarkan beberapa perlawanan lepas, kehadiran penyokong ke stadium menunjukkan peningkatan selari dengan prestasi pasukan. Oleh itu, pemain perlu mengekalkan rentak kemenangan ini.
"Sudah tentu peminat meletakkan harapan agar KRW FC mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kelab Penyokong KRW FC di Rantau Panjang, di sini.
Beliau berkata sokongan penyokong amat penting dalam membantu meningkatkan moral pemain sepanjang saingan liga.
"Tanpa sokongan penyokong, bola sepak tidak akan berkembang. Justeru, pemain perlu terus memberikan persembahan terbaik dan mencatat keputusan positif dalam setiap perlawanan," katanya.
Muhammad Zaki berkata pengurusan kelab akan menambah baik sistem penjualan tiket bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan melibatkan KRW FC.
"Walaupun sebuah kelab baharu, kami komited memperkukuh pengurusan secara profesional untuk mengembalikan kecemerlangan bola sepak Kelantan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KRW FC
#keputusan positif
#Liga Semi-Pro A1
#rentak kemenangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan