KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,178 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan 346,678 kes direkodkan sehingga kini dengan 1,158 kes penularan tempatan dan 20 kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan jumlah kes baharu positif COVID-19 tertinggi dengan 238 kes.

Empat negeri lain turut mencatatkan tiga angka kes positif baharu COVID-19 adalah Selangor dengan 237 kes, Pulau Pinang (190), Johor (165) dan Kuala Lumpur (101).

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,377 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 331,001 dengan 14,399 kes aktif.

Sebanyak enam kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,278 manakala 163 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 81 menerima bantuan alat pernafasan.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 237 (116,315)

Sabah - 86 (54,853)

Johor - 165 (41,420)

WP KL - 101 (37,921)

Negeri Sembilan - 34 (17,302)

Sarawak - 238 (16,628)

Pulau Pinang - 190 (16,259)

Perak - 31 (12,997)

Kedah - 32 (8,467)

Melaka - 9 (6,551)

Kelantan - 27 (6,277)

Pahang - 14 (4,280)

Terengganu - 6 (3,599)

WP Labuan - 7 (2,335)

WP Putrajaya - 1 (1,144)

Perlis - 0 (330).