awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,212 kes baharu, 3 kematian direkodkan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/11/2020
10:30 MYT
COVID-19: 1,212 kes baharu, 3 kematian direkodkan
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan sebanyak 1,212 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan positif sebanyak 65,697 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka berkenaan, sebanyak sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,203 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara.
Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes.
"Bilangan kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,112 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID19 adalah 54,759 kes (83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
"Sehingga kini, terdapat 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 360 kes. Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#KKM
#unit rawatan rapi
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan