awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket 'phone scam'
PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Polis terima tiga laporan taska disyaki langgar SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak

Fareez Azman
Fareez Azman
28/08/2020
07:05 MYT
COVID-19: 138 individu telah disaring di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis mengesahkan dua orang awam manakala seorang anggota tentera disahkan positif COVID-19. - Astro AWANI
Seramai 138 individu telah disaring susulan tiga kes positif COVID-19 membabitkan dua pesakit awam dan seorang anggota tentera di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat.
"Adalah disahkan tiga (3) kes yang di kesan di HAT Kem Terendak melibatkan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 24 Ogos 2020 yang terdiri dari dua orang pesakit awam dan seorang anggota tentera.
"Pesakit awam berkenaan dikesan sewaktu saringan pra pembedahan dan anggota tentera tersebut dikesan setelah mendapatkan rawatan kerana bergejala. Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan isolasi dan siasatan lanjut," jelas kenyataan media itu.
Ketika ini Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengambil tindakan pantas melalui pelaksanaan SOP Kawalan Jangkitan Peringkat Hospital bagi siasatan dan pengesanan kontak rapat.
Ia melibatkan siasatan kepada petugas hospital, kerja disinfeksi di kawasan disyaki tercemar, ujian saringan serta isolasi.
"Sehingga kini ujian swab ke atas 138 orang disyaki kontak rapat telah dilaksanakan dan sedang menunggu keputusan. Usaha ini dilaksanakan adalah bagi menjamin keselamatan semua petugas hospital, para pesakit dan kelangsungan perkhidmatan hospital itu sendiri," menurut kenyataan media.
Pada masa yang sama, pemantauan rapi dan penilaian berterusan dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mewujudkan kebimbangan kepada masyarakat setempat.
Topic Berkaitan
#Anggota tentera
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#COVID-19
#Hospital
#Kem Terendak
#Kementerian Pertahanan
#Kenyataan Media
#Pesakita
#SOP
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan