KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 1,755 kes.
Ia merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara dengan jumlah kumulatif terikini ialah 38,189 kes.
Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakala tiga kes import.
Menurut KKM, kes jangkitan baharu harian tertinggi direkodkan di negeri Sabah dengan 1,199 kes manakala Pulau Pinang dengan 192 kes.
Selangor pula, mencatatkan angka tiga digit dengan rekod 164 kes baharu dan 59 kes di Labuan.
Menurut KKM, jumlah kes aktif pada Jumaat pula merekodkan 11,530 kes.
Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak dua kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian kumulatif terikini Malaysia ialah 279 kes.
Manakala jumlah pesakit COVID-19 yang pulih dan discaj pada Jumaat ialah seramai 726 orang manakala 83 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 32 terpaksa mendapat bantuan pernafasan.
KKM turut melaporkan sebanyak 741 kes (42.2 peratus) adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).
Sementara itu, KKM telah mengenal pasti tiga kluster baharu iaitu Kluster Mampulut, Kluster Fores dan Kluster Rengas.
Kluster Mampulut dikesan melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah sementara Kluster Fores melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Manakala Kluster Rengas pula melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Nov 06 2020

Daripada 1,755 kes baharu yang dilaporkan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakal bakinya kes import.

Kerjasama PH: Bincang dengan Ahli Parlimen tertentu, bukan parti - Anwar
Pakatan Harapan (PH) tidak berbincang dengan mana-mana parti untuk berkolaborasi namun bersama Ahli Parlimen tertentu yang berpegang teguh kepada agenda reformasi.

Vaksin COVID-19: 434,301 individu sudah lengkapkan dua dos suntikan
Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 1,105,890

Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
Selepas tujuh bulan di bawah kendalian Dwayne Miller, Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal memilih untuk kembali bersama Mohd Poad.

Karya 'terbakar' pelukis Malaysia hiasi muka hadapan Time Magazine
Hasil karya pelukis Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine.

VITAGEN sumbang 30,000 minuman susu kultur probiotik hargai barisan hadapan
Jay Queen berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas sebagai usaha pihaknya melahirkan rakyat dan negara yang sihat.

Ramadan 2021: 'Sambal Neraka' dan 'Hati Sukma' juadah istimewa kian pupus
Ramai tidak mengetahui ia sebenarnya adalah antara makanan warisan negara yang hampir pupus.

Niaga AWANI: Pembiayaan Dagangan | Apakah cabaran pembiayaan dagangan PKS ASEAN?
Kita ingin melihat kepada cabaran dalam pembiayaan dagangan bersama pengasas bersama DLT Ledgers, Samir Neji di Singapura.

ESSCOM kenal pasti tali barut penculikan di perairan ESSZONE Sabah
ESSCOM telah mengenal pasti tali barut yang terlibat dengan penculikan di perairan pantai timur Sabah.

Niaga AWANI: Pemulihan Ekonomi | Analisis data ekonomi minggu ini
Dan untuk bincangkan data-data ekonomi minggu ini dan apakah cabaran pemulihan ekonomi di Amerika, kita bersama Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed

AWANI Pagi: Segarkan ingatan kepada estidotmy
Ketahui apa manfaat dan pengisian Estidotmy yang berwajah baharu dalam AWANI Pagi bersama tetamu dari Akademi Sains Malaysia dan tenaga pengajar bidang sains dan teknologi (STEM) . #LembaranBaharu #Ramadan2021

Kes baharu COVID-19 kekal 4 digit, Selangor catat 535 kes
Malaysia merekodkan 1,739 kes baharu COVID-19 untuk tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif ketika ini adalah 360,856 kes.

COVID-19: 1,510 kes baharu, 8 kematian direkodkan
Selangor menjadi negeri yang merekodkan pertambahan kes tertinggi iaitu 415 kes, diikuti Sarawak (296) dan Kelantan (171).

Vaksin COVID-19: 367,213 terima dos pertama, Selangor catat jumlah tertinggi
Selangor merekodkan jumlah seramai 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443) dan Kuala Lumpur (33,500).

COVID-19: 62 kluster catat pertambahan kes, 736 masih aktif
Pertambahan empat kluster itu menjadikan sejumlah 467 kluster masih aktif daripada keseluruhan 1,203 kluster.

Axiata catat untung bersih RM365 juta bagi tahun kewangan 2020
Keuntungan bersih Axiata Group Bhd berkurangan kepada RM365.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM1.46 bilion pada tahun sebelumnya.

Vaksin COVID-19: "Tak rasa pun, macam cucuk biasa" - Muhyiddin
"Tidak rasa pun, macam cucuk biasa," itu yang diakui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.

PM disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula
Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

COVID-19: 2,468 kes baharu, 4,055 sembuh dan 14 kematian
Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes.

SPM seminggu lagi: Kekal positif, anda tidak berseorangan
Walau genting akibat pandemik COVID-19, pemikiran positif perlu menjadi keutamaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi juga ibu bapa dan penjaga mereka.

COVID-19: Tiada halangan wanita hamil ambil vaksin
Ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala yang lebih teruk sekiranya tiada perlindungan antibodi.