awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 18,815 kes baharu, Sarawak tertinggi dengan 3,660 kes

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
09:01 MYT
COVID-19:  18,815 kes baharu, Sarawak tertinggi dengan 3,660 kes
Malaysia merekodkan sejumlah 18,815 kes jangkitan baharu COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sejumlah 18,815 kes jangkitan baharu COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi.
Dengan pertambahan kes itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan dalam negara setakat ini ialah 2,049,750 kes.
Melalui perkongsian infografik di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,660 kes, diikuti Selangor dengan 2,718 kes dan Johor, 2,206 kes.
Manakala, lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes melibatkan Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233 kes) dan Kelantan (1,222).
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 16 September 2021: 1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 15 September 2021, 5pm) Penggunaan katil Bukan ICU 71% Penggunaan katil ICU 81% pic.twitter.com/M9zAWU0B2i
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 16, 2021
Sebanyak 16,939 kes sembuh direkodkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh sehingga kini ialah 1,800,278 kes.
Sebanyak 1,222 kes pula dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat Rabu dengan 710 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu KKM juga mengesan sebanyak 21 kluster baharu menjadikan jumlah kluster aktif ketika ini 1,406 kluster.
Daripada jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini, 222 kes (1.2 peratus) melibatkan kategori 3,4 dan 5, manakala 18,593 kes (98.8 peratus) kategori 1 dan 2.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr @DGHisham memaklumkan kapasiti & penggunaan katil COVID-19 sehingga 15 September 2021 pukul 5 petang adalah; penggunaan katil di wad bukan ICU sebanyak 71 peratus manakala di wad ICU 81 peratus.#MalaysiaSihat pic.twitter.com/JqpMul9zoj
— Astro AWANI (@501Awani) September 16, 2021
Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#jangkitan
#kes positif
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#Twitter
#vaksin
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan