awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,937 kes baharu, sembilan kes kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/12/2020
10:15 MYT
COVID-19: 1,937 kes baharu, sembilan kes kematian
Malaysia mencatatkan sebanyak 1,937 kes baharu COVID-19 dan sembilan kes kematian baharu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan sebanyak 1,937 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini ialah sebanyak 82,246 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 13,751 kes,” katanya menerusi kenyataan medianya pada Sabtu.
Bagi penularan mengikut negeri, Selangor masih mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan sebanyak 823 kes diikuti Sabah dengan 429 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 238 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan sembilan kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 411 individu.
Setakat ini, terdapat sebanyak 121 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh akibat COVID-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 911 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 68,084 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#KKM
#koronavirus
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan