KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 20,780 kes direkodkan hari ini berbanding 19,991 pada Selasa.

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara setakat ini ialah sebanyak 1,320,547.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal penularan kes harian tertinggi dengan sebanyak 6,921 kes diikuti Kuala Lumpur (2,065 kes) dan Johor (1,693 kes).


"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 233,358 kes," katanya.

Sementara itu, pertambahan kes kematian baharu adalah sebanyak 211 kes dengan angka kumulatifnya kini 11,373 kes.

Sebanyak 1,053 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 546 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes pulih terus merekodkan pertambahan sebanyak 17,973 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 1,075,816 kes.