MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Julai 2025.
“Saya akan sayang negara ini sampai hujung nyawa.” Itu penegasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan umum mengapa beliau masih mengambil berat terhadap apa yang berlaku di Malaysia.
Negara mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta susulan sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri.
Kerajaan belum menerima sebarang memorandum rasmi daripada Wisma Putra berhubung pelantikan penulis dan pengulas konservatif, Nick Adams, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Pengasas eHati International Sdn Bhd dan suaminya, ditahan polis pada Selasa. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, pada Selasa.
Proses pelantikan Ketua Hakim Negara dijalankan mengikut saluran sewajarnya iaitu melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan mematuhi Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Majlis Raja-Raja dijangka membuat keputusan dan mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara hari ini.
Penjawat awam perlu menegakkan integriti, empati dan rasa amanah yang teguh (konsep amanah yang memerlukan tanggungjawab dan akauntabiliti) dalam memacu reformasi negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa 2025) akan memberi tumpuan khusus kepada isu kegagalan bekas suami menunaikan nafkah terhadap bekas isteri seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.
Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga jualan Rumah Mesra Rakyat (RMR) walaupun berlaku kenaikan harga barangan bagi sektor pembinaan, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Aiman Athirah Sabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami