PUTRAJAYA:Malaysia merekodkan 287 kes baharu positif COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat sekali gus merupakan jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes tersebut merupakan penularan tempatan, tiada langsung kes import.
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Menurut beliau, negeri Kedah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.
“Daripada 287 kes hari ini, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.
“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 139 kes,” kata beliau.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
• Sabah: 113 kes
• 52 kes saringan bergejala;
• 35 kes daripada Kluster Benteng LD;
• 15 kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
• Dua kes saringan rujukan ke hospital;
• Dua kes saringan kemasukan ke hospital;
• Satu kes daripada Kluster Laut;
• Satu kes daripada Kluster Pulau;
• Satu kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
• Satu kes saringan petugas kesihatan;
• Satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran;
• Satu kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung; dan
• Satu kes saringan komuniti di Lahad Datu.
• Kedah: 129 kes
• 128 kes daripada Kluster Tembok; dan
• Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11471.
• Selangor: 31 kes
• 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
• Lapan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Anggerik;
• Tiga kes daripada Kluster Jalan Meru;
• Dua kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 dan kes ke-10695;
• Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Setia;
• Satu kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
• Satu kes saringan tahanan;
• Satu kes saringan sebelum ke luar negara; dan
• Satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
• Perak: Tiga kes
• Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
• Satu kes daripada Kluster Tembok.
• Terengganu: Tiga kes
• Dua saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477; dan
• Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
• Negeri Sembilan: Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
• Kelantan: Dua kes
• Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
• Satu kes daripada Kluster Jalan Meru.
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal.
• Johor: Satu kes daripada Kluster Jalan Meru.
• Pahang: Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11200.
• Wilayah Persekutuan Labuan: Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 81 kes telah pulih sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 10,095 kes (85.8 peratus).
Dalam masa sama, terdapat 22 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini, justeru jumlah kematian kekal 136 kes.
Isabelle Leong, Ridauddin Daud
Fri Oct 02 2020
Dr Noor Hisham berkata, semua kes yang dilaporkan pada Jumaat merupakan penularan tempatan, tiada langsung kes import. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.