awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 300 jemaah dibenar solat Jumaat, Aidiladha di Wilayah Persekutuan - JAWI

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/07/2021
03:29 MYT
COVID-19: 300 jemaah dibenar solat Jumaat, Aidiladha di Wilayah Persekutuan - JAWI
JAWI membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.
Menurut Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail, kesemua ketetapan baharu itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa 9 Julai di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kawasan yang dibenarkan solat jemaah ini tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).
"Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidiladha, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang, Masjid Pusat Zon 100 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, Surau kebenaran Khas Solat Jumaat 40 orang, Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang.
"Bagi Solat Fardu di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan 100 orang, Masjid Pusat Zon 50 orang, Masjid Kariah dan surau Jumaat 50 orang, surau kebenaran khas solat Jumaat 40 orang, surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 12 orang," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Manakala bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD), Mohd Ajib berkata, solat fardu dilaksanakan tiga orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat zohor.
"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan bermunajat serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#DBKL
#SOP
#Kuala Lumpur
#Aidiladha
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#Solat Jumaat
#PKPD
#solat fardu
#JAWI
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan