awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 380 kes baharu, sembilan kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2023
22:15 MYT
COVID-19: 380 kes baharu, sembilan kematian dicatat
Kes aktif turun sedikit kepada 11,412 kes dan daripada jumlah itu, 10,844 kes sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes pada Selasa untuk tiga hari berturut-turut.
Semalam jumlah kes turun sedikit kepada 380, berbanding 383 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan sembilan kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Selasa juga turun sedikit kepada 11,412 kes dan daripada jumlah itu, 10,844 kes atau 95 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 542 pesakit mendapat rawatan di hospital.
26 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 373 kes sembuh.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan