MALAYSIA
COVID-19: 39 lagi kluster baharu dilaporkan, 23 adalah kluster tempat kerja

Kluster tempat kerja merekodkan sebanyak 23 kluster manakala kedua tertinggi merupakan kluster komuniti dengan sebanyak 13 kluster. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jumlah kluster baharu terus menunjukkan peningkatan hari ini dengan sebanyak 39 lagi kluster dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, 23 merupakan kategori kluster tempat kerja, manakala kategori komuniti mencatatkan 13 kluster.
Antara kluster lain yang turut terlibat termasuk bagi kategori pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi masing-masing melaporkan dua dan satu kluster.
Ini menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini adalah sebanyak 1,360 kluster.Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:

Berikut merupakan perincian 39 kluster baharu yang dilaporkan.

Berikut merupakan perincian 39 kluster baharu yang dilaporkan.

Berikut merupakan perincian 39 kluster baharu yang dilaporkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami