awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 48,261 kanak-kanak sudah dijangkiti - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
25/05/2021
12:32 MYT
COVID-19: 48,261 kanak-kanak sudah dijangkiti - Ismail Sabri
Orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu, tegas Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kini amat membimbangkan dan menjadi antara golongan yang berisiko dijangkiti virus COVID-19 selepas warga emas.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu perlu menjadi peringatan kepada semua agar terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti.
"Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19 dengan 6,290 adalah merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.
"Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Beliau berkata, orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.
Menurutnya, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan 'self lockdown' atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#bayi
#jangkitan COVID-19
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan