KUALA LUMPUR: Negara mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,591,486.

Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.


Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 24 kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,002, daripada 2,580,874 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 549 pesakit dan daripada jumlah itu, 274 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 5,628 kes sekaligus angka kumulatif sembuh ialah 2,493,437.

Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.1 peratus.

Manakala selebihnya, 1.9 peratus atau bersamaan 102 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.