awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/10/2020
10:04 MYT
COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini
Negeri Sabah kembali mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 282 kes. - Gambar hiasan REUTERS
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 489 kes baharu positif COVID-19 setakat Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 13,993.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah kembali mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 282 kes dengan jumlah keseluruhan kes di Sabah kini sebanyak 3,020 kes.
Bagi tempoh sama, Kedah kini menjadi negeri kedua tertinggi dengan pertambahan sebanyak 153 kes menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negeri itu sebanyak 1,600 kes.
“Daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan kes tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.
“Sebahagian besar penularan di Kedah melibatkan Kluster Tembok di Penjara Alor Setar manakala di Sabah melibatkan kawasan di zon-zon merah,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media pada Rabu.
Ketika ini juga, kata beliau, sebanyak 40 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada angka itu sebanyak 13 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 74 kes dilaporkan telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulutif kes sembuh sebanyak 10,501 kes.
Setakat hari ini juga, tiada sebarang kes kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 kekal sebanyak 141 kes.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
Topic Berkaitan
#489 kes baharu
#COVID-19
#jangkitan
#pandemik
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Sabah
#Kedah
#Kluster Tembok
#zon merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan