awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6,243 kes baharu dalam 24 jam, 78 kematian direkodkan

Eton Khir
Eton Khir
10/11/2021
07:02 MYT
COVID-19: 6,243 kes baharu dalam 24 jam, 78 kematian direkodkan
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,522,498. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 6,243 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,522,498.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 78 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,427 individu.
Jumlah itu juga termasuk 19 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.
Pada 10 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,243 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,522,498 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW dikemaskini selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 10, 2021
Dalam tempoh sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 543 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 279 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,068 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,430,122.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 98.3 peratus atau 6,137 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 1.7 peratus atau bersamaan 106 kes.
Dalam pada itu, tujuh kluster baharu turut dikesan dengan 300 kluster masih lagi aktif sementara 5,524 kluster telah diisytiharkan tamat.
Daripada jumlah itu, Kelantan mendominasi dengan dua kluster dari Institut Pendidikan KPM dan Pendidikan Lain.
Sementara itu, dua lagi kluster tempat kerja pula melibatkan negeri Selangor dan Pahang.
Selain itu, satu kluster masing-masing di Pulau Pinang (kluster berisiko tinggi), Johor (kluster institut pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM) dan Kuala Lumpur (kluster pendidikan tinggi).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan