awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 7 kes baharu generasi ketiga Kluster Tawar dikesan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
17/08/2020
09:30 MYT
COVID-19: 7 kes baharu generasi ketiga Kluster Tawar dikesan
KKM mengesan sebanyak tujuh kes baharu membabitkan Kluster Tawar yang terdiri daripada generasi ketiga. - Foto BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak tujuh kes baharu COVID-19 membabitkan generasi ketiga Kluster Tawar pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, empat kes dikesan di Kedah manakala tiga lagi di Pulau Pinang, menjadikan jumlah positif jangkitan dalam kluster berkenaan sebanyak 46 kes.
"Sehingga hari ini (17 Ogos 2020) pukul 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan 918 di Kedah, Pulau Pinang (208) dan sembilan di Perak.
"Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, terdapat dua kes baharu dilaporkan dalam Kluster Sala menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak enam kes.
"Sehingga hari ini, seramai 273 orang telah disaring dalam kluster ini membabitkan 269 dari Kedah dan empat di Pulau Pinang," jelasnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan