awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 9,002 kes baharu, 151 dimasukkan ke ICU

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2022
03:10 MYT
COVID-19: 9,002 kes baharu, 151 dimasukkan ke ICU
Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.84, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 9,002 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.34 juta.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 8,935 kes (99.26 peratus) adalah dalam kategori satu dan dua, sementara 67 kes (0.74 peratus) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 151 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 97 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau turut memaklumkan, jumlah kes sembuh yang direkodkan pula adalah sebanyak 16,986.
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan juga, jelas beliau, turut merekodkan tiga kluster baharu dengan 117 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.84, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.93.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan