KUALA LUMPUR:Angka jangkitan positif COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu mencatatkan 957 kes baharu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, daripada 957 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 644 kes (67.3 peratus) manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Data CPRC kebangsaan

KKM turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Usaha melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor dan Kluster Tembaga di daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang.

Setakat 24 jam lalu juga, tiada sebarang kematian akibat pandemik berkenaan yang direkodkan.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)