awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 97.3 populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi

Bernama
Bernama
14/12/2021
01:44 MYT
COVID-19: 97.3 populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.3 peratus atau 22,788,835 individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,102,672 individu daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.6 peratus atau 2,726,239 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,826,872 atau 89.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 129,387 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,027 dos pertama dan 4,907 dos lengkap serta 120,390 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,039,657 dos.
Jumlah kumulatif dos penggalak kini 3,787,928.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#suntikan vaksin
#populasi dewasa
#lengkap vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan