awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Gagal patuh SOP punca kes positif di Sarawak meningkat

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
01/03/2021
10:06 MYT
COVID-19: Gagal patuh SOP punca kes positif di Sarawak meningkat
Sarawak melaporkan pertambahan 220 kes COVID-19 dengan Bintulu mencatat angka tertinggi iaitu 57.- FOTO: Astro AWANI
KUCHING: Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak disebabkan kegagalan masyarakat untuk mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini terutama ketika mengadakan perjumpaan semasa majlis sosial seperti upacara pengebumian, perkahwinan, perjudian dan aktiviti sabung ayam.
Malah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pergerakan dari zon merah ke zon-zon lain juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif.
“Hari ini saya dimaklumkan terdapat sebuah rumah panjang yang mencatatkan 50 kes positif COVID-19 disebabkan aktiviti sabung ayam namun perkara ini belum dilaporkan secara rasmi.
“Justeru, JPBN Sarawak memohon agar semua rakyat Sarawak untuk mematuhi SOP sebaiknya.
“Sentiasa memakai topeng muka ketika berada di tempat sesak dan amalkan penjarakan fizikal walaupun di tempat kerja anda,” kata Uggah.
Selain itu, Sarawak melaporkan pertambahan 220 kes COVID-19 dengan Bintulu mencatat angka tertinggi iaitu 57.
Ia diikuti Sibu (54), Miri (37), Kapit (20), Kuching (12), Julau (10), Dalat (lapan), Sarikei dan Meradong (lima), Betong (empat), Song (dua) dan satu kes di Subis, Bau, Mukah, Samarahan, Bukit Mabong dan Selangau.
Daripada jumlah itu 140 merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif yang direkodkan di Sarawak meningkat kepada 9,765 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes terkini di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#kes positif di Bintulu
#Kluster baharu di Sarawak
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan