awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Januari - Timbalan Menteri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/12/2020
06:02 MYT
COVID-19: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Januari - Timbalan Menteri
Antara kategori yang kehilangan kerja tersebut merupakan pekerja berpendapatan RM4,000 ke atas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November lalu akibat kesan penularan COVID-19.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, pembuangan pekerja itu termasuk melibatkan golongan berkemahiran tinggi, masing-masing membabitkan kategori pengurus seramai 13,109 orang; profesional (26,079 orang) dan juruteknik serta profesional bersekutu (19,095 orang).
Katanya, kategori tersebut merupakan kalangan pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke atas.
Jelas beliau lagi, beberapa faktor telah dikenal pasti menjadi punca kepada pemberhentian pekerja termasuk pemgambil alihan dan penutupan syarikat serta masalah kewangan kritikal.
“Faktor-faktor tersebut disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh semua industri secara global disebabkan pandemik COVID-19 yang di luar kawalan.
“Ini menjawab persoalan YB Ipoh Barat (M. Kula Segaran) berkenaan mengapa seramai 81,217 pekerja telah kehilangan pekerjaan walaupun Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) telah dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Terdahulu, M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) meminta kementerian menyatakan mengenai kegagalan PSU dalam menyenaraikan pekerja golongan pengurusan sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara jelas bahawa 59 peratus kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja berkemahiran tinggi.
Mengulas lanjut, Awang berkata, bagi golongan pengurusan yang diberhentikan kerja, mereka masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP [Akta 800] .
“Ia tertakluk had gaji maksimum RM4,000. Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP),” ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Awang berkata dianggarkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja yang dibuang adalah daripada golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
“Oleh itu, PSU yang diperkenalkan untuk membantu pekerja yang paling terkesan dalam kalangan B40 manakala golongan pengurusan yang diberhentikan kerja masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP (Akta 800) tertakluk had gaji maksimum RM4,000.
“Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan,” jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#kehilangan pekerjaan
#PKP
#Golongan berkemahiran tinggi
#hilang kerja
#Sistem Insuran Pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan