awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah

Bernama
Bernama
13/04/2022
22:00 MYT
COVID-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah
Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada Rabu. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Hanya tinggal satu sahaja kluster COVID-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah bagaimanapun tidak menamakan kluster berkenaan.
"Perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, pada Rabu," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sementara itu Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 369,557 kes, dengan satu kes kematian dilaporkan di Sipitang.
"Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada Rabu sekali gus memperlihatkan bahawa risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.
"Justeru, masyarakat diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kluster
#Masidi Manjun
#risiko jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan