awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Henti amalan berbisik, di Pasar Bisik Kuala Muda - Reezal Merican

Bernama
Bernama
03/06/2020
12:01 MYT
COVID-19: Henti amalan berbisik, di Pasar Bisik Kuala Muda - Reezal Merican
Amalan berbisik adalah satu keunikan di Pasar Bisik Kuala Muda dalam urusan tawar menawar. - Bernama
Para nelayan di Pasar Bisik Kuala Muda di Penaga di sini, dinasihatkan supaya menghentikan amalan berbisik, iaitu tradisi yang digunakan untuk menentukan harga jual beli hasil tangkapan laut segar antara nelayan dan pelanggan, bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun amalan berbisik adalah satu keunikan di pasar itu dalam urusan tawar menawar, namun dalam keadaan sekarang mereka harus mementingkan soal kesihatan dan keselamatan terlebih dahulu.
"Mereka perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu ini dan lakukan perubahan dari segi mekanisme dan modus operandi. Amalan berbisik memang tidak boleh... macam mana nak bisik dari jarak satu meter.
"Berikutan itu, para nelayan perlu mempamerkan harga hasil tangkapan dan tidak dibenarkan untuk berbisik bagi menjual hasil laut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar itu, di sini pada Rabu.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) pada Isnin, mengarahkan Pasar Bisik Kuala Muda ditutup selama tujuh hari, kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Reezal Merican yang juga Menteri Belia dan Sukan, tidak menafikan penutupan itu mungkin akan menjejaskan punca pendapatan hampir 400 bot dari tiga unit nelayan setempat, iaitu Kuala Muda, Bakau Tua dan Pulau Mertajam.
Bagaimanapun, beliau berharap SOP PKPB seperti jarakan sosial, pengambilan bacaan suhu badan, dan merekod kehadiran pengunjung dapat dipatuhi sepenuhnya, oleh semua pihak dalam usaha memastikan rantaian penularan COVID-19 dapat diputuskan.
"Hasil tinjauan mendapati pematuhan SOP PKPB di pasar ini sudah ada, namun masih ada ruang yang perlu diperbaiki sebelum dibenarkan untuk beroperasi semula.
"Dalam tempoh seminggu ini sama ada (Pasar Bisik) boleh buka semula atau tidak, ini bergantung sepenuhnya kepada kepuasan hati pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), terhadap pematuhan SOP," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#nelayan
#operasi
#Reezal Merican
#Reezal Merican Naina Merican
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan