awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ikuti 6 langkah ini untuk bantu tangani peningkatan kes sporadik - Dr Noor Hisham

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/06/2021
23:49 MYT
COVID-19: Ikuti 6 langkah ini untuk bantu tangani peningkatan kes sporadik - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menyeru semua pihak memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes dan kematian sporadik COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi bermula April lalu, Kementerian Kesihatan menggariskan enam saranan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang konsisten merupakan langkah untuk melindungi keluarga.
"Pertamanya, kekal duduk di rumah dan keluar hanya apabila perlu.
"Kedua, sekiranya keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan jika boleh wakilkan hanya seorang bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar dan patuhi SOP.
"Ketiga, wajib mengenakan sekurang-kurangnya satu lapis pelitup muka di tempat awam, pelitup muka tiga lapis perubatan menawarkan perlindungan yang lebih baik dan jika boleh kenakan pelitup muka berganda.
"Keempat, jalani pemeriksaan sekiranya bergejala atau kontak rapat kepada kes positif dan jika didapati positif.
"Maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan," katanya di akaun Facebook, pada Isnin.
Sumber Facebook DGHisham
Mengulas lanjut, seruan kelima Dr Noor Hisham ialah sekiranya dibenarkan menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan dan jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar rumah kerana berisiko menjangkiti orang lain.
"Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera.
"Terakhir, daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok," jelasnya.
Dr Noor Hisham menyeru semua pihak memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga, masyarakat dan negara," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#COVID-19
#Majlis Keselamatan Negara
#imuniti kelompok
#MySejahtera
#vaksin
#pelitup muka
#sporadik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan