SEMENTARA seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.
Negara dengan populasi keempat terbesar dunia itu menjadikan golongan pempengaruh media sosial sebagai antara golongan pertama menerima vaksin bersama 1.5 juta petugas kesihatan dalam program vaksinasi pertama negara itu, bermula Rabu lalu.
Menurut pegawai kanan kementerian kesihatan, Siti Nadia Tarmizi, keputusan untuk mengutamakan pempengaruh media sosial atau influencer itu adalah satu strategi komunikasi oleh kerajaan.
Terdapat banyak spekulasi yang timbul berkenaan vaksin mengelak jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat di negara majoriti Islam itu.
Ramai yang was-was berkenaan keselamatan, keberkesanan, status halal vaksin, serta sama ada suntikan vaksin berkenaan adalah dibenarkan di sudut Islam.
Daripada aspek lain, rakyat Indonesia turut merupakan antara pengguna media sosial paling utama dunia, termasuk laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Kerajaan mengharapkan golongan ternama itu menyampaikan mesej yang positif kepada rakyat jelata tentang kebaikan vaksin.
Dalam pada itu, dewan keagamaan negara telah mengesahkan status halal bagi vaksin menentang COVID-19 pilihan kerajaan, kata ketua agensi kesihatan Bandung, Ahyani Raksanagara.
Walaupun jumlah influencer yang terlibat dalam program vaksinasi pertama negara itu tidak diumumkan, namun beberapa nama terkenal seperti Ariel (Noah), Raffi Ahmad, Risa Saraswati dan Presiden Joko Widodo telah menerima suntikan dos pertama pada Rabu dan Khamis.
Agensi
Fri Jan 15 2021
Terdapat banyak spekulasi yang timbul berkenaan vaksin mengelak jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat di negara majoriti Islam itu. - Foto fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.