awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: JKN Perak pastikan perkhidmatan pengurusan hospital dalam keadaan optimum

Bernama
Bernama
02/08/2021
20:45 MYT
COVID-19: JKN Perak pastikan perkhidmatan pengurusan hospital dalam keadaan optimum
Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU). - Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengatur pelbagai strategi dalam pengurusan hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri ini agar perkhidmatan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang optimum sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata ini termasuklah penglibatan sebanyak 14 hospital KKM dan sejumlah 963 katil serta 81 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) telah disediakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
"Selain itu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Arena Badminton, Ipoh dengan kapasiti sebanyak 520 buah katil telah ditubuhkan dengan kerjasama kerajaan negeri.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,564 buah katil disediakan khusus bagi merawat COVID-19 di negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.
Dalam perkongsian di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu malam, memaklumkan Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dr Noor Hisham berkata setakat Sabtu, terdapat 121 pesakit COVID-19 di Perak yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata tujuh hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.
"JKN Perak dengan kerjasama kerajaan negeri dan pelbagai agensi sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi," katanya lagi.
Perak mencatatkan 748 kes baharu COVID-19 semalam.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengurusan
#Hospital
#Perak
#Ding Lay Ming
#katil hospital
#ICU
#PKRC
#rawatan kritikal
#peningkatan kes
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#kategori 4
#Kategori 5
#JKN Perak
#Jabatan Kesihatan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan