COVID-19: Jualan gerai terkesan akibat PKP, Khalid Jamlus umum terpaksa 'gulung tikar'

Farhana Joni
Jun 28, 2021 00:30 MYT
Khalid Jamlus terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya susulan PKP. -Facebook Khalid Jamlus
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19 memberi kesan mendalam kepada banyak pihak, terutama golongan yang meraih pendapatan harian dengan berniaga sendiri.
Terbaharu, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus umum terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor pada Ahad.
Gerai Daging Masak Lomak Cili Api yang diusahakan bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu telah dibuka hampir setahun lalu.
BACA: Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Menerusi akaun Facebook miliknya, Khalid memuat naik status bahawa dia terpaksa berbuat demikian walaupun sedih.
Sumber Facebook khalidjamlus
"Assalamualaikum semua, mulai esok saya terpaksa tutup kedai.
"Tikar yang kami bentang...tikar itu juga kami terpaksa gulung," tulisnya malam tadi.
Lebih 200 komen dan 88 perkongsian status tersebut dan antaranya memberi cadangan kepada Khalid Jamlus supaya menjual lauk salai tersebut dalam bentuk sejuk beku.
Di samping itu, ramai yang memberi kata-kata semangat kepadanya supaya bersabar dan dipermudahkan segala urusan.
Kisah Khalid Jamlus selepas bersara
Pada Julai tahun lalu, Khalid Jamlus yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas yang dimenangi 19 tahun lalu atas faktor kewangan susulan tiada pekerjaan selama tiga tahun.
BACA: Lelong kasut emas, kisah Khalid Jamlus dapat perhatian
Dia memenangi Kasut Emas itu selepas meledakkan 17 gol yang turut membantu pasukan Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kemudiannya berkenan membeli Kasut Emas tersebut.
#Khalid Jamlus #pemain bola sepak #Kasut Emas #gerai makan #gulung tikar #Facebook #Sultan Selangor #Gerai Daging Masak Lomak Cili Api #Sijangkang