KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang tidak menerima suntikan vaksin bukan sahaja terdedah kepada jangkitan COVID-19, malah komplikasi lain termasuk diabetes.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, risiko tersebut berkemungkinan berlaku terhadap kanak-kanak berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat.
“Sebenarnya keputusan itu telah diperolehi pada Januari lalu, memang telah dapati bahawa COVID-19 sebenarnya boleh menyebabkan diabetes jenis pertama dalam kalangan kanak-kanak. Diabetes ada dua jenis iaitu yang pertama dan kedua.
“Jenis yang pertama ini lebih menyebabkan kerosakan pada pankreas. Kalau kita lihat data di sana, memang jelas menunjukkan peningkatan diabetes meningkat semasa pandemik COVID-19 berbanding sebelumnya," jelasnya kepada Astro AWANI.
Jelasnya lagi, mereka yang terjejas teruk (akibat COVID-19) terutamanya membabitkan kategori empat dan lima adalah antara mereka yang paling terkesan.
Malah katanya, penentuan tahap simptom jangkitan sehingga menyebabkan berlakunya risiko diabetes itu juga bergantung kepada pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak.
Bagaimanapun katanya, kajian di lapangan di negara ini perlu dilaksanakan sepenuhnya sebelum membuat sebarang keputusan.
Tambah Dr Malina, pendekatan itu akan lebih memberikan maklumat yang lebih tepat dan realistik dengan keadaan semasa di dalam negara.
“Saya harap ada kajian yang berterusan bagi pihak-pihak yang sedang menjalankannya. Kita harap kita akan dapat dapatan sedemikian bagi meyakinkan tentang tindakan pencegahan yang dapat dilaksanakan bagaimana sekiranya ia berlaku," katanya.
Bagaimanapun jelasnya, apa yang boleh dilakukan ketika ini untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku adalah dengan memastikan kanak-kanak mendapatkan segera suntikan vaksin.
Jangkitan COVID-19, katanya, akan meninggalkan kesan kerosakan lain dalam sistem badan manusia termasuk kesan terhadap sel tubuh.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Apr 17 2022

Suntikan vaksin mampu halang risiko diabetes terhadap kanak-kanak. - Gambar fail

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul, mampan
Al-Sultan Abdullah berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan diberikan tumpuan khusus.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

Turkiye sasar 60 juta ketibaan pelancong asing tahun ini
Turkiye menyasarkan 60 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa.

Amerika akan tamatkan darurat kesihatan awam COVID-19 pada 11 Mei
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan pada Isnin pihaknya merancang untuk menamatkan darurat kesihatan awam (PHE) COVID-19 pada 11 Mei.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

China sahkan situasi COVID-19 semakin reda, berada pada 'tahap rendah'
Keadaan wabak di seluruh negara telah memasuki tahap rendah dan situasi wabak di pelbagai tempat kekal stabil dalam trend menurun.

Perancis lanjutkan ujian COVID-19 bagi pelancong dari China
Pihak berkuasa berkata, ujian rambang akan dijalankan dan individu yang didapati positif perlu mengasingkan diri.

COVID-19: Jepun tarik balik arahan pemakaian pelitup muka
Perubahan itu akan bermula secara rasmi pada awal Mei.

Mekanisme subsidi bersasar beri sokongan kepada fiskal Malaysia - Rafizi
Kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan.

Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal

COVID-19: 172 kes baharu, tiga kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis juga turun ke 9,627 kes dan daripada jumlah itu 9,245 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).