awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan harap dapat segerakan penubuhan jawatankuasa kerja dengan Singapura

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/02/2020
09:59 MYT
COVID-19: Kerajaan harap dapat segerakan penubuhan jawatankuasa kerja dengan Singapura
Dr. Dzulkefly turut memaklumkan, terdapat 18 buah makmal awam yang kini menangani pengesanan dan pengesahan kes COVID-19. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kerajaan berharap dapat menyegerakan penubuhan jawatankuasa kerja bersama berkaitan COVID-19 dengan Singapura dalam masa seminggu ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah ini dilihat penting khususnya dengan hubungan rapat antara kedua-dua negara, khususnya di sempadan.
Setakat ini, tiada pertambahan kes positif di Malaysia namun terdapat laporan kes positif membabitkan rakyat Singapura yang menetap di Johor Bahru.
"Kita memandang kepada kemungkinan untuk perketatkan kawalan, seperti mana yang kita sebut dalam sidang video dengan Singapura pada Selasa, kita tekankan kepentingan langkah ini terutama sekali apabila adanya kemungkinan peningkatan kes seperti yang dikatakan oleh WHO," kata beliau pada sidang media harian berkaitan situasi terkini COVID-19 di sini.
Berkenaan amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang kemungkinan wabak itu akan merebak dengan lebih meluas, Dr Dzulkefly memaklumkan Malaysia belum sampai ke peringkat tersebut.
"Pertama kita belum sampai ke peringkat itu, sebab beliau pun sebut kalau. Kedua, jika kita sampai peringkat itu, kita sudah bersedia untuk menangani situasi itu sebaik mungkin," tambah beliau.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada Malaysia dan negara-negara lain bahawa sudah tiba masanya untuk mempersiapkan kemungkinan penyebaran lebih meluas COVID-19.
Pengarah Serantau Pasifik Barat WHO, Dr Takeshi Kasai sebelum ini bberkata, penyakit itu kini berada pada "masa kritikal".
"Terdapat laporan mengenai kes-kes cluster yang tidak mempunyai kaitan jelas dengan China. Maklumat terkini menunjukkan bahawa virus itu mungkin lebih mudah berjangkit, berbanding data awal yang dicadangkan sebelum ini," kata Kasai.
Dr. Dzulkefly turut memaklumkan, terdapat 18 buah makmal awam yang kini menangani pengesanan dan pengesahan kes COVID-19.
Dibantu lima buah makmal swasta, secara keseluruhannya terdapat 23 buah makmal di seluruh negara yang mengendalikan 550 ujian bergejala dan kontak rapat pesakit.
Daripada 550 ujian, hanya 18 disahkan positif.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Johor Bahru
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#Singapura
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan