KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan angka membimbangkan iaitu sebanyak 4,498 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi Twitter memaklumkan, ia merupakan pertambahan hampir 1,000 kes berbanding semalam.

Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 432,425 kes.

Kes aktif terus bertambah dengan angka terkini ialah 34,789 kes.

Selangor terus mendahului jumlah kes tertinggi dengan 1,424 kes diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur dengan 436 kes.

Sebanyak 375 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 211 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM turut memaklumkan terdapat 22 lagi kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 1,632.