awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham

Isabelle Leong
Isabelle Leong
15/04/2021
07:27 MYT
COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
DR ADHAM BABA: Berdasarkan keadaan dan dapatan daripada lawatan tersebut, kami mendapati terdapat keperluan segera untuk menambah petugas kesihatan terutamanya beberapa bahagian dan daerah di negeri Sarawak. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April ini bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.
“Berdasarkan keadaan dan dapatan daripada lawatan tersebut, kami mendapati terdapat keperluan segera untuk menambah petugas kesihatan terutamanya beberapa bahagian dan daerah di negeri Sarawak.
“Untuk itu, KKM sudah membuat persiapan dan penambahan akan dilaksanakan segera secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic - Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan pada Khamis.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata berdasarkan data yang dikumpul, negeri berkenaan memerlukan kira-kira 1,436 petugas kesihatan dari semua bidang yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, pegawai sains mikrobiologi, jururawat dan pemandu.
Mengulas lanjut, kesemua petugas kesihatan yang akan dihantar kesihatan yang akan dihantar sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Pada Khamis (15 April 2021), Sarawak mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaiti 512 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu meningkat kepada 21,960.
Topic Berkaitan
#kakitangan tambahan
#COVID-19
#Sarawak
#Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19
#Dr Adham Baba
#Stadium Perpaduan
#PKRC
#vaksin
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan