awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor Bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah
Mahkamah tangguh keputusan kes dua pelajar sekolah vokasional cederakan rakan
Macron percepat usaha luluskan RUU larang media sosial bagi individu bawah 15 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kurangkan jangkitan dalam masyarakat, sekat varian baharu - Dr Noor Hisham

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
03/12/2021
23:39 MYT
COVID-19: Kurangkan jangkitan dalam masyarakat, sekat varian baharu - Dr Noor Hisham
DR NOOR HISHAM: Untuk menyekat varian baharu COVID-19 daripada terjadi, kita perlu mengurangkan jangkitan dalam masyarakat. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penularan dan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat akan memberi peluang kepada virus itu untuk terus mereplikasi dan berganda.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apabila terdapat banyak replikasi dan gandaan kes COVID-19, akan wujud lebih banyak ruang untuk ia bermutasi.
"Untuk menyekat varian baharu COVID-19 daripada terjadi, kita perlu mengurangkan jangkitan dalam masyarakat," katanya melalui ciapan di Twitter semalam.
Untuk menyekat varian baru Covid-19 dari terjadi, kita perlu mengurangkan penularan Covid-19 dlm masyarakat. Penularan & jangkitan dalam masyarakat akan memberi peluang kpd virus ini untuk replikasi & berganda. Lebih banyak replikasi & gandaan lebih banyak ruang untuk bermutasi.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 3, 2021
Pada Jumaat, Malaysia merekodkan kes pertama varian membimbangkan (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.
Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sambil memaklumkan pelajar terbabit sudah diarah menjalani kuarantin diri.
Katanya, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.
Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov lalu dan dikesan positif selepas menjalani ujian Rt-PCR di KLIA.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#varian baharu
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan