awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
[KOLUMNIS] Sudan: Setiap misi kemanusiaan cabaran tidak sama
Lonjakan pelancong Muslim dorong Jepun tambah kemudahan ruang solat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tangguh keputusan kes dua pelajar sekolah vokasional cederakan rakan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/01/2026
04:30 MYT
Mahkamah tangguh keputusan kes dua pelajar sekolah vokasional cederakan rakan
Mahkamah menangguhkan keputusan terhadap dua remaja mencederakan rakan di sebuah sekolah vokasional, November lalu. -Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Mahkamah Kanak-Kanak Sungai Petani pada Ahad menangguhkan keputusan terhadap dua remaja atas kesalahan mencederakan rakan di sebuah sekolah vokasional November lalu berikutan laporan akhlak masih belum lengkap.
Majistret Mohamad Azlan Basri membuat keputusan itu setelah Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Muda, C Kumareson memaklumkan status berkenaan.
Mohamad Azlan kemudian menetapkan 24 Februari depan sebagai tarikh mahkamah membuat keputusan.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan dua remaja lelaki mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang pelajar kolej vokasional, di sini.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Mohamad Azlan selepas pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua remaja berusia 16 dan 17 tahun, ketika itu.
Bagaimanapun, hukuman ke atas dua remaja tersebut belum diputuskan kerana mahkamah menunggu laporan akhlak membabitkan kedua-duanya.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun di asrama pada jam 12.04 tengah malam, 24 November lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap remaja berkenaan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Kanak-Kanak
#cederakan rakan
#sekolah vokasional
#laporan akhlak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan