awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/05/2021
13:47 MYT
COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Labuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.
“Ia melibatkan aktiviti ziarah Aidilfitri yang hanya dibenarkan pada 1 Syawal tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.
“Sementara itu, solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid dan surau masih dibenarkan dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” jelasnya.
Bagaimanapun, kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan ke masjid bagi tujuan itu.
Tindakan itu diambil ketika Labuan mencatatkan bilangan kumulatif kes COVID-19 dalam masa 14 hari dengan sejumlah 28 kes, sekali gus meletakkan ia kembali ke zon jingga.
Kenyataan itu turut menegaskan, tindakan kompaun akan dikeluarkan kepada mana-mana individu atau organisasi yang melanggar SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#SOP
#Aidilfitri
#Kanak-kanak
#hari raya
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Hari Raya Aidilfitri
#Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan