awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lapan hari berturut-turut kes baharu di bawah 2,000

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/03/2021
09:58 MYT
COVID-19: Lapan hari berturut-turut kes baharu di bawah 2,000
Dua kluster baharu turut dikenal pasti hari ini, membabitkan daerah Johor Bahru dan satu kluster tempat kerja di Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,470 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 322,409 kes.
Angka itu sedikit menurun berbanding semalam, dan hari kelapan berturut-turut dengan kes di bawah 2,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah itu, 12 kes merupakan kes import.
Selangor mencatatkan kes tertinggi itu 551 kes diikuti Sarawak sebanyak 222 dan Penang sebanyak 178.
"Sebanyak 89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes)," katanya dalam kenyataan media harian, pada Sabtu.
Sebanyak 1,830 kes sembuh dicatatkan hari ini, dengan keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 304,492.
Sementara itu, tiga lagi kematian, kesemuanya membabitkan warganegara dicatatkan hari ini.
Dua kluster baharu turut dikenal pasti hari ini, membabitkan daerah Johor Bahru dan satu kluster tempat kerja di Kuala Lumpur.
Status Terkini #COVID19, 13 Mac 2021 Kes sembuh=1,830 Jumlah kes sembuh=304,492 kes Kes baharu positif=1,470 kes (1,458 tempatan, 12 import) Jumlah positif=322,409 Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=1,206 kes Kes dirawat di ICU=162 kes Bantuan Alat Pernafasan=70 kes pic.twitter.com/S6kwwkmLZw
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) March 13, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#kes baharu
#Malaysia
#kluster
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan