awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 2,000 pekerja asing terlibat dalam sektor gunting rambut

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2020
11:45 MYT
COVID-19: Lebih 2,000 pekerja asing terlibat dalam sektor gunting rambut
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini data yang diterima KKM menunjukkan lebih 2,000 pekerja asing terlibat dalam perkhidmatan tersebut.
Kementerian Kesihatan (KKM) akui bimbang penglibatan warga asing dalam sektor pekerjaan di negara ini termasuk gunting rambut selepas industri itu dibenarkan kembali beroperasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini data yang diterima KKM menunjukkan lebih 2,000 pekerja asing terlibat dalam perkhidmatan tersebut.
Justeru, katanya bagi mengekang penularan COVID-19, kumpulan tersebut diwajibkan menjalani ujian saringan.
“Salah satu daripada syarat untuk mereka mulakan kerja di kedai Ialah mereka kena melaksanakan ujian COVID-19 untuk penggunting rambut warga asing.
“Jadi, kita telah menjalankan syarat ini dan sekarang ini kita dapati ada kes yang positif. Itulah kebimbangan kita tetapi kalau kita lihat dari segi gejala dan sebagainya.
“Walaupun pesakit ataupun penggunting rambut itu tiada gejala tetapi kita tetap akan asingkan mereka di hospital dan juga akan saring kontak rapat atau pengesanan jejak kes dalam kalangan rakan-rakan mereka, rakan serumah dan pelanggan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham mengesahkan menerima laporan kes COVID-19 melibatkan seorang penggunting rambut warganegara Pakistan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara.
BACA: KKM sahkan laporan penggunting rambut positif COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#gunting rambut
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#pekerja asing
#penggunting rambut
#warga Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan