awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes - Pakar Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
04:15 MYT
COVID-19: Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes - Pakar Kesihatan
Dr Malina menjelaskan keadaan lebih terkawal apabila mengunjungi bazar, pasaraya atau sebarang aktiviti lain yang tidak memerlukan untuk membuka pelitup muka. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aktiviti yang membenarkan pelitup muka dibuka antaranya makan di restoran dan majlis keramaian menjadi punca peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman menjelaskan, keadaan lebih terkawal apabila mengunjungi bazar, pasar raya atau sebarang aktiviti lain yang tidak memerlukan untuk membuka pelitup muka.
"Setiap kali kita memberikan kelonggaran daripada segi untuk makan di luar atau boleh melakukan majlis keramaian, kita akan lihat kes meningkat.
"Pada pandangan saya ia sangat berkaitan dengan kebenaran membenarkan membuka pelitup muka, demikian juga yang kita saksikan selepas Pilihan Raya Sabah yang mana bila keadaan sedemikian dibenarkan, banyak kes-kes baharu yang dicatatkan.
"Jadi saya berpendapat dalam tempoh dua hingga tiga minggu atau sebulan akan datang perlu dikaji semula kebenaran untuk membenarkan masyarakat makan di luar bagi membendung peningkatan yang tinggi berlaku.
"Untuk aktiviti ekonomi pada pandangan saya tidak ada masalah, kalau kita patuh kepada SOP, pakai pelitup muka, jaga jarak, tidak ada isu," katanya semasa sidang video pada Rabu.
BACA: Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP
BACA: Bantu petugas kesihatan dengan tidak pulang ke kampung - Muhammadiyah
Dalam pada itu Dr Malina turut mencadangkan kerajaan memperhebatkan usaha vaksinasi dalam kalangan mereka di lapangan.
Ujarnya, kerajaan juga boleh memulakan suntikan vaksinasi kepada mereka yang dikesan negatif semasa ujian pengesanan COVID-19.
Katanya, cara itu akan memastikan lebih ramai disuntuk vaksin dalam tempoh masa yang lebih cepat, sekali gus mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
COVID-19 | Makan di restoran, keramaian punca peningkatan kes
Topic Berkaitan
#SOP
#COVID-19
#pelitup muka
#ekonomi
#kesihatan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan