awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia sahkan 4,571 lagi kes baharu, Selangor catat kes tertinggi

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
04/02/2021
10:26 MYT
COVID-19: Malaysia sahkan 4,571 lagi kes baharu, Selangor catat kes tertinggi
Kesemua pertambahan kes itu melibatkan 4,568 daripada kes tempatan dan tiga kes import sekali gus menjadikan angka keseluruhan positif di Malaysia kini 231,483. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Negara terus mencatatkan peningkatan kes positif COVID-19 dengan sejumlah 4,571 lagi kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes tersebut menyaksikan Selangor sebagai negeri tertinggi merekodkan kes baharu iaitu 2,056 kes, diikuti Johor sebanyak 664 lagi kes dan Kuala Lumpur dengan 481 kes.
Kesemua pertambahan kes itu melibatkan 4,568 daripada kes tempatan dan tiga kes import sekali gus menjadikan angka keseluruhan positif di Malaysia kini 231,483.
Bagi jumlah kes aktif, ia kini meningkat kepada 48,771 dengan seramai 308 pesakit yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 135 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah kematian pula, yang kini merekodkan lebih 800 kes turut meningkat kepada 826 selepas 17 lagi kes korban disahkan pada Khamis.
Malaysia bagaimanapun, melaporkan kes sembuh bahru dengan jumlah empat angka iaitu 4,092 lagi disahkan pulih menjadikan angka kes sembuh kini 181,886.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#jumlah kematian
#unit rawatan rapi
#kes positif
#COVID-19
#kes baharu
#Selangor
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan