awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia sekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan

Bernama
Bernama
28/02/2020
09:24 MYT
COVID-19: Malaysia sekat sementara kemasukan pelawat dari Korea Selatan
KKM memaklumkan sekatan itu turut meliputi pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia. - Gambar hiasan
Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat dari Korea Selatan termasuk warganegara asing yang pernah berada di bandar Daegu dan daerah Cheongdo dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan sekatan itu turut meliputi pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia.
Menurut kenyataan itu, warganegara Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia juga perlu menjalani saringan kesihatan oleh KKM.
"Bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk antarabangsa negara, Jabatan Imigresen akan turut menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran," katanya.
Sekatan berkuat kuasa serta-merta itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19 Bersama Pelbagai Agensi yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ia turut melibatkan KKM, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan agensi lain yang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Cheongdo
#COVID-19
#Daegu
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#Korea Selatan
#koronavirus
#Malaysia
#sekatan perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan