awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MTUC Sarawak cadang kerajaan lihat penyelesaian fiskal luar biasa

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2020
08:28 MYT
COVID-19: MTUC Sarawak cadang kerajaan lihat penyelesaian fiskal luar biasa
MTUC Sarawak berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan luar biasa seperti memperuntukkan lebih banyak dana menerusi belanjawan kerana negara yang kini berdepan dengan wabak COVID-19 yang merupakan situasi yang luar biasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak mencadangkan agar kerajaan melihat kepada penyelesaian fiskal yang di luar kebiasaan bagi membantu rakyat yang berdepan tekanan kewangan susulan pandemik COVID-19.
Setiausahanya Andrew Lo berkata selain menerusi pendekatan i-Sinar oleh KWSP untuk membantu golongan pekerja, kerajaan juga boleh memperuntukkan lebih banyak dana berkaitan ketika negara berdepan dengan wabak COVID-19 yang merupakan satu situasi yang luar biasa.
“Mereka (Kerajaan) harus memperuntukkan lebih banyak dana dan menerbitkan lebih banyak bon jangka masa panjang.
“Kerajaan juga harus tahu bahawa sebarang bantuan tunai yang diberikan kepada pekerja akan disalurkan kembali ke dalam ekonomi hampir 100 peratus, kerana ia akan dibelanjakan untuk bayaran pinjaman kereta dan barangan asas.
“Ia akan merangsang ekonomi selain membantu perniagaan menjana lebih keuntungan yang akhirnya akan ada lebih banyak kutipan cukai untuk kerajaan,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan program i-Sinar diperluaskan kepada lapan juta ahli berbanding dua juta ahli yang layak sebelum ini.
Susulan itu, KWSP mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahlinya yang layak memohon skim i-Sinar.
KWSP memaklumkan, Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Bagi Kategori 2, ia untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.
Topic Berkaitan
#i-sinar
#MTUC Sarawak
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Andrew Lo
#COVID-19
#bon
#wang simpanan
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan