KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), yang bertanggungjawab dalam kelulusan vaksin COVID-19 di negara ini, amat teliti dalam soal kualiti dan keselamatan sehingga ia disifatkan syarikat pembekal vaksin sebagai agensi paling 'tegas' dan ketat berbanding badan regulatori antarabangsa lain.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sendiri selaku individu terlibat dalam rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin pernah didatangi mereka yang menyatakan perkara itu.
"Saya yang runding dengan syarikat-syarikat ini, mereka datang balik kepada saya dan bagi tahu 'your NPRA yang paling ketat, yang paling strict (tegas) dalam dunia'.
"Dia (NPRA) tanya bukan satu dua soalan, yang Rusia bagi tahu saya, dia (NPRA) tanya 300 soalan sekali, termasuk soalan teknikal," katanya.
Khairy berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam perbincangan bertajuk "Vaksin COVID-19: Ambil atau Tidak" yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Menarik perhatian, Khairy yang juga Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi berkata NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.
Ini kerana NPRA sangat mengutamakan keselamatan dan nyawa rakyat, kata Khairy.
"NPRA tidak akan meluluskan dan membenarkan apa-apa produk perubatan farmasi masuk dalam negara kita selagi mereka tidak berpuas hati dengan dua perkara iaitu keberkesanan dan keselamatan.
"Jadi, terimalah apa saja vaksin diluluskan NPRA kerana ia selamat dan berkesan," katanya.
Ahad lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos.
Vaksin itu dibawa dari Singapura yang merupakan hab pengagihan vaksin COVID-19 ke negara-negara Asia Pasifik.
Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac pula dijangka diterbangkan dari Beijing, China hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021
KHAIRY: Saya yang runding dengan syarikat-syarikat ini, mereka datang balik kepada saya dan bagi tahu 'your NPRA yang paling ketat, yang paling strict (tegas) dalam dunia'. -Gambar fail
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Jangka hayat produk vaksin COVID-19 Convidecia dilanjutkan - NPRA
Tempoh jangka hayat baharu yang diluluskan adalah daripada 15 bulan kepada 18 bulan apabila disimpan pada suhu 2 sehingga 8 darjah Celsius.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Majoriti AEFI golongan kanak-kanak tidak serius - NPRA
Majoriti atau 97 peratus daripada 207 laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) vaksin COVID-19 bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang diterima tidak melibatkan kesan serius.
Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.
Dos penggalak CanSino ditentukan selepas data mencukupi - Khairy
NPRA sudah menerima permohonan dari CanSino mengenai kemungkinan penggunaan dos penggalak, selepas tempoh enam bulan dari vaksin pertama.
Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual
Notifikasi produk itu telah dibatalkan sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
Vaksin COVID-19: Malaysia lulus penggunaan kecemasan Sinopharm, Johnson & Johnson
Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai.
Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta.
CITF setuju vaksinasi untuk murid kelas peperiksaan - Radzi Jidin
Cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui oleh CITF yang dipengerusikan Khairy Jamaluddin.