Skip to main content

Malaysia

Save Soil kemuka cadangan dasar kepada Malaysia

Sadhguru, berkata dasar berkenaan dibangunkan kira-kira empat tahun lalu dengan mengambil kira keadaan tanah, bentuk muka bumi, kedudukan ekonomi serta amalan pertanian Malaysia. - Foto Isha Foundation Malaysia
Sadhguru, berkata dasar berkenaan dibangunkan kira-kira empat tahun lalu dengan mengambil kira keadaan tanah, bentuk muka bumi, kedudukan ekonomi serta amalan pertanian Malaysia. - Foto Isha Foundation Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR: Gerakan pemuliharaan tanah global, Save Soil akan mengemukakan cadangan dasar khusus berkaitan kesihatan tanah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengangkat agenda pemuliharaan dan pemulihan tanah sebagai keutamaan strategik dalam menjamin keselamatan makanan negara.

Pengasas Gerakan Save Soil dan pemikir global, Sadhguru, berkata dasar berkenaan dibangunkan kira-kira empat tahun lalu dengan mengambil kira keadaan tanah, bentuk muka bumi, kedudukan ekonomi serta amalan pertanian Malaysia.

Beliau berkata, dasar berkenaan perlu diberikan perhatian di peringkat kerajaan bagi memastikan kesihatan tanah menjadi keutamaan dalam penggubalan dasar negara.

"Kami akan memberikan dasar tanah Malaysia yang dibangunkan kira-kira empat tahun lalu. Kemukakannya kepada Perdana Menteri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Alam Sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Crafting a Conscious Planet yang menghimpunkan pemimpin perniagaan dan eksekutif kanan syarikat global di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, minggu lalu.

 

Image
[INSERT]_Sadguru_Isha Foundation Malaysia

Gerakan Save Soil merupakan gerakan alam sekitar global bagi meningkatkan kesedaran mengenai kemerosotan kesihatan tanah dan menggalakkan kerajaan mengambil tindakan untuk memulihara serta memulihkan tanah.

Perincian lanjut mengenai lawatan pengasas Gerakan Save Soil ke Malaysia akan dibawakan secara eksklusif oleh Astro menerusi Astro Vinmeen tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. 

Our World in Data memetik kajian terhadap 4,285 data pengukuran kadar hakisan tanah daripada 240 kajian di 38 negara yang mendapati jangka hayat lapisan tanah atas berbeza mengikut kadar hakisan dan kaedah pengurusannya.

Bagi tanah pertanian yang diusahakan secara konvensional tanpa amalan pemuliharaan yang ketara, 16 peratus dianggarkan mempunyai jangka hayat kurang daripada 100 tahun sekiranya kadar hakisan semasa berterusan, manakala lebih 90 peratus mempunyai jangka hayat melebihi 60 tahun.

Laporan Our World in Data turut menjelaskan amalan pertanian perlu disesuaikan dengan keadaan tanah serta kekangan sosial dan ekonomi petani bagi mengurangkan hakisan dan memanjangkan jangka hayat tanah.

 

 

Must Watch Video

Advertisement