awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penemuan Moderna mudahkan pengurusan vaksin - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/11/2020
07:41 MYT
COVID-19: Penemuan Moderna mudahkan pengurusan vaksin - Pakar
Vaksin Moderna ini adalah berita baik sebenarnya kerana suhu yang diperlukan adalah tidak terlalu sejuk jika dibandingkan vaksin yang diumumkan kali pertama pada minggu lepas. - Reuters
KUALA LUMPUR:Penemuan interim vaksin terbaharu COVID-19 oleh firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc pada Isnin merupakan satu pengumuman yang amat memberangsangkan.
Pakar Perunding Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Zamberi Sekawi berkata pengurusan logistik melibatkan vaksin tersebut amat mudah.
Ujarnya, penyimpanan vaksin Moderna atau mRNA-1273 itu tidak memerlukan suhu yang terlampau sejuk berbanding vaksin yang diumumkan oleh Pfizer dan BioNTech sebelum ini.
"Adalah penting untuk ada mekanisme rantaian sejuk daripada kilang sehingga ke tempat ia diterbangkan, seperti di lapangan terbang dan seterusnya di fasiliti vaksin.
"Kita kena pastikan bahawa rantaian itu tidak terjejas, perlu sentiasa sejuk dalam keadaan yang dipastikan.
"Vaksin Moderna ini adalah berita baik sebenarnya kerana suhu yang diperlukan adalah tidak terlalu sejuk jika dibandingkan vaksin yang diumumkan kali pertama pada minggu lepas yang memerlukan keadaan yang ultra sejuk," katanya kepada Astro AWANI.
Pfizer dan BioNTech sebelum ini memaklumkan suhu simpanan bagi vaksin itu adalah serendah negatif 70 darjah Celsius dan ke bawah, sekali gus menimbulkan isu berkait kapasiti simpanan vaksin berkenaan.
Memetik laporan agensi berita Reuters pada Isnin, Moderna menjangkakan bahawa vaksin mRNA-1273 itu akan stabil pada suhu peti sejuk standard iaitu dua hingga lapan darjah Celsius untuk 30 hari dan ia boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu negatif 20 darjah Celsius.
Data daripada ujian klinikal Moderna yang disertai 30,000 menunjukkan vaksinnya berjaya mencegah kes COVID-19 yang teruk.
Daripada 95 kes ujian percubaan Moderna, 11 merupakan kes teruk dan kesemua 11 kes itu adalah dalam kalangan sukarelawan yang mendapat suntikan plasebo.
Selain itu, Moderna menjangkakan akan menghasilkan sebanyak 20 juta dos vaksin untuk AS pada tahun ini, yang mana jutaan dos telah dihasilkan dan siap untuk diedarkan selepas mendapat kebenaran Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#AS
#vaksin
#Moderna
#Pfizer
#BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan